Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, 15 August 2016

PENGAKUAN!!! AWAL ASHAARI TUMPANG REZEKI ANAK???


PETALING JAYA:  Pelakon Awal Ashaari berkata, dia dan isteri, Scha Alyahya banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Alana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.

Awal, 35, berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini. 

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

Awal ditemui pada majlis pelancaran program realiti pertama yang mendedahkan tentang kehidupan Lara Alana. Program 13 episod itu akan mula bersiaran pada setiap Rabu bermula 17 Ogos ini, pukul 9 malam di Astro Ria. Tambah Awal, walaupun rezeki mencurah-curah buat Lara namun mereka masih beringat iaitu wang pendapatan yang diterima  Lara akan disimpan untuk masa depan pembelajaran dan insurannya.

Dalam pada itu Awal berkata, ramai pengikut laman sosial Instagram anaknya iaitu   yang teruja untuk melihat perkembangan kanak-kanak itu setiap hari. Awal berkata, perkara tersebut membuatkan dia terpaksa memuat naik gambar dan video terbaharu hampir setiap hari di Instagram peribadi kanak-kanak itu yang kini mencecah 2.1 juta pengikut. Lara (tengah) kini terlibat dalam rancangan realiti Lara Oh Lara siaran Astro Ria.

"Lara ada peminat yang terlalu obses dengan dia sehinggakan jika saya tidak muat naik gambar terbaru dia, mereka akan masuk ke Instagram saya atau isteri Scha Alyahya.

"Mereka minta gambar dan video terbaru Lara kerana rindu nak tengok dia. Kadang-kadang bukan tidak mahu muat naik tapi tiada gambar atau video menarik untuk dikongsi," ujarnya.

Tambah Awal, dia juga sering ditegur dan dimarahi oleh peminat-peminat Lara jika dirasakan tidak betul apa yang dilakukannya terhadap Lara.

"Kadang-kadang ada yang marah-marah dan bagitahu sesuatu cara yang saya lakukan adalah salah dan jangan buat begitu. Mereka terlalu perihatin dengan apa sahaja yang saya buat terhadap Lara.

"Saya tidak rimas tetapi bersyukur kerana ramai yang sayangkan dia. Cuma saya sedar dalam ramai-ramai ada juga yang tidak sukakan dia, biasalah tidak semua orang suka cara kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Awal berkata dia agak gementar untuk menerima reaksi orang ramai terhadap cara penjagaan anaknya yang dipaparkan dalam program realiti Lara Oh Lara. Dia takut cara yang dilakukan dalam membesarkan kanak-kanak itu selama ini salah atau tidak diterima masyarakat.

"Saya gementar untuk menerima bagaimana respons orang ramai terhadap program realiti penjagaan anak saya ini.

"Saya bukan takut dikritik tetapi takut apa yang saya lakukan dalam membesarkan Lara itu sebenarnya salah dan mendapat respons negatif," ujarnya.

Bagaimanapun, Awal berkata, dia teruja dapat merakam dan berkongsi pengalaman membesarkan anaknya dalam tempoh tiga bulan menerusi program berkenaan.

"Rakaman mengambil masa tiga bulan untuk 13 episod itu, banyak perkembangan yang dapat dilihat pada Lara daripada episod pertama hingga akhir.

"Penggambaran ambil masa yang panjang kerana tidak mahu memaksa dan memberi tekanan kepada kanak-kanak itu. Kalau dia menangis dan tiada mood mereka terpaksa berhenti dan sambung hari lain," ujarnya.

Progran realiti tersebut turut menampilkan selebriti terkenal lain seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay dan Dynas Mokhtar.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





TERBARU!!! LISDAWATI NAFI BERSARA DARI DUNIA LAKONAN!!!!


Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, cinta Lisdawati Nazaruddin, 37, terhadap dunia lakonan tidak pernah luntur. Pelakon berkaliber ini turut menafikan dakwaan segelintir pihak dia sudah bersara kerana perkara itu tidak pernah terlintas di hatinya selama ini.

Tegas Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2004/2005 menerusi drama Miftahul Jamilah ini, lakonan sudah sebati dengan dirinya dan tidak mungkin semudah itu mengundur diri.

“Tidak dinafikan selepas melahirkan anak ketiga, saya menyepi selama dua tahun.

“Terkejut juga apabila ada rakan artis bertanya sama ada saya sudah bersara seperti yang diperkatakan orang.

KLIK UNTUK FOTO TERKINI LISDAWATI

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





PANAS!!!! NADIRA SUDAH TIDAK "SABAR"!!!!!


Baru terbabit dalam bidang seni bukan alasan untuk penyanyi Nadira Adnan tidak boleh tampil dengan sebuah konsert. Sebaliknya, penyanyi yang turut popular di Indonesia itu teruja apabila hasrat mengadakan konsert mendapat sokongan banyak pihak.

Bakal mempersembahkan konsert bertemakan Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Ogos ini, selain Nadira persembahan akan dijayakan penyanyi popular seperti Amy Search, Yuna, Joe Flizzow, Noh Salleh dan penyanyi Indonesia, Al Ghazali. Gembira dengan sambutan yang diterima, malah tiket untuk persembahan malam pertama sudah habis dijual, Nadira tidak sabar beraksi di pentas bersama artis terbabit.

“Saya tidak sangka mereka sudi memberi kerjasama untuk menjayakan konsert ini. Saya memilih mereka kerana masing-masing punya kelebihan dalam bidang seni.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





GEMPAR!!! ANAK KECIL INI TELAH MEMPEROLEHI RANCANGAN TV TERSENDIRI SEJAK KECIL!!!


Petaling Jaya: Anak kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menjadi kanak-kanak pertama di Malaysia yang memiliki program realiti sendiri berjudul Lara Oh Lara! Awal berkata, program ini diterbitkan khas untuk anaknya bersempena ulang tahun kedua Lara tahun ini yang jatuh pada 22 Julai lalu.

"Saya memang tidak menyangka pihak Astro mahu menerbitkan program realiti membabitkan anak kami. Bukan apa saya bimbang Lara sukar memberi komitmen disebabkan dia masih kecil.

"Malah sepanjang proses rakaman program ini pihak produksi perlu mengikut 'mood' Lara. Justeru saya dan Scha akan memastikan Lara cukup tidur dan rehat. Barulah dia boleh menjalankan aktiviti harian dengan baik," katanya.

Menurut Awal, program itu bukan sahaja memaparkan aktiviti harian Lara di rumah tetapi juga di sekolah, taman hiburan, percutian ke Jepun dan beberapa lokasi lain.

"Sebelum ini ramai cakap tak puas menonton aksi Lara di laman Instagram. Jadi dengan adanya program ini kerinduan peminat terhadap Lara sedikit sebanyak terubat.

"Turut dipaparkan beberapa klip video eksklusif yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini. Menariknya juga dalam program ini kami berkongsi tip berkenaan penjagaan anak," katanya.

Selain menjadi kanak-kanak pertama mempunyai program realiti, Lara juga mencatat sejarah apabila memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.1 juta di laman Instagram.

Program sebanyak 13 episod ini turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Lara Oh Lara! mula bersiaran pada 17 Ogos, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!






KONSEP DANGDUT URBAN MENJADI TARUHAN SYUHADA AMIN !!BACANYA DI SINI!!!


Syuhada Amin (penyanyi kelahiran D'Academy Asia) telah melancarkan single keduanya berjudul "Bukan Dia" dan dia nampaknya berani mengetengahkan elemen dangdut urban dalam lagu barunya ini. Bagi penyanyi berusia 20 tahun ini, dia hanya mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya.

“Ini adalah kolaborasi kedua saya dengan komposer DJ Fuzz yang juga menjadi komposer single pertama saya, Tanpa Kamu. Single kedua ini saya selitkan elemen dangdut untuk menampilkan kelainan.

“Ia bukanlah dangdut asli yang ‘berat’ tetapi dimodenkan dengan sedikit suntikan raggae dan pop. Saya hanya sekadar mencuba mencari kelainan dan semoga Bukan Dia akan mendapat sambutan positif,” katanya.

Kata Syuhada lagi, dia bukanlah penyanyi dangdut, sebaliknya ingin dikenali sebagai penyanyi versatil yang mampu menyampaikan pelbagai genre lagu. Single keduanya kini sudah mula dimainkan di corong radio dan Syuhada bersama pengurusannya, Suria Records kini giat melakukan promosi. Bercerita mengenai single kedua ini, Bukan Dia, kata Syuhada, ia masih menampilkan konsep lagu cinta, namun ada kelainannya.

“Ia menceritakan mengenai wanita yang berdepan dengan lelaki yang tidak setia. Wanita itu mencintai lelaki itu sepenuh hati, namun yakin, lelaki itu bukanlah jodohnya,” katanya.

Ditanya mengenai strategi untuk memastikan lagu baru ini menerima sambutan yang sepatutnya, Syuhada sendiri mengubah penampilan dan imejnya.

“Sebelum ini saya dikenali sebagai penyanyi sejak zaman kanak-kanak. Jadi, untuk memastikan ada kelainan, saya ubah imej dan penampilan.

“Saya tidak mahu nampak sama seperti dulu. Kalau boleh, biarlah ada kelainan dan akan ada impak kepada karya baru ini,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang mempunyai peminat di Indonesia, Syuhada mengakui dia merindui mereka dan kerap kali berinteraksi menerusi beberapa medium sosial.

“Saya wujudkan kumpulan WeChat untuk memudahkan berinteraksi dengan mereka. Bagi saya, mereka sangat menyokong kerjaya seni dan sentiasa memberikan respons setiap kali ada perkembangan baru.

“Justeru, saya sering berkongsi video dan gambar menarik untuk tatapan mereka. Saya tidak mahu melupakan mereka dan pada masa sama tidak mahu mereka melupakan saya,” katanya.

Kata Syuhada lagi, sebagai artis, laman Instagram menjadi ruang untuknya berkongsi aktiviti terbaru.

“Menerusi Instagram, semuanya akan menjadi mudah. Penting untuk seseorang artis berkongsi aktiviti terbarunya kerana peminat akan tahu artis itu masih aktif berkarya,” katanya.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







TERBARU!! RATU ROCK, ELLA LEBIH SELESA TAMPIL DENGAN IMEJ BERTUDUNG!!!!!


Ratu rock negara, Ella membuat keputusan untuk untuk bertudung sejak Ramadan lalu selepas merasakan tiba masa untuk mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik. Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50, berkata, dia merasakan lebih tenang dan yakin dengan imej baharu itu.

"Saya tidak tahu ingin nak cakap macam mana apa yang saya rasa, yang penting rasa sangat tenang. "Pada Ramadan lalu saya berborak-borak dengan suami dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung? Jadi saya terus cakap saya mahu bertudung. Dia sangat gembira dengan keputusan saya ini," ujarnya.

Ella ditemui pada majlis pelancaran program realiti Lara Oh Lara yang diadakan di restoran Blokke, Citta Mall di sini, pada Isnin. Penyanyi lagu Retak itu berkata, dia mula mendapat dorongan itu daripada kakaknya Jojie yang lebih awal berpenampilan muslimah itu.

"Saya suka lihat penampilan kakak saya sejak dia bertudung, dia lebih tenang dan bergaya. Tudung sangat sesuai dengan wajah dia sehingga saya rasa ingi bertudung juga.

"Dia juga galakkan keputusan saya itu dan bantu saya untuk cari fesyen tudung yang sesuai untuk saya," ujarnya. 

"Saya tetap macam Ella yang dulu dan menyanyi lagu rock cuma mungkin tidak boleh terlalu lincah. Baju pula yang bersesuaian dengan imej baru ini.

"Saya harap peminat beri sokongan dengan keputusan saya ini," ujarnya.

Mari semua pembaca kita sokong perubahan Ratu Rock ini.




Sunday, 14 August 2016

TERKINI!! ISU NAFKAH ANAK AWIE WINGS SELESAI!!! BERITA SELANJUTNYA DI SINI!!


AWIE WINGS DIPERINTAH BAYAR NAFKAH ANAK RM 4000.00 SERTA MERTA???

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan berkuatkuasa serta mereta kepada dua anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, makhamah rendah syariah di sini iaitu Che Saupi Che Husin  pada Isnin selepas mengambil kira kemampuan Awie atau nama sebenarnyas Ahmad Azhar Othman, 48, selaku defenden dan serta keterangan Rozana selaku plantif.

Dua anak itu ialah Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan mereka iaitu Putra Ahmad Merah, 9,  tinggal bersama Awie.

Jumlah bayaran itu ialah nafkah bulanan merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.

Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana iaitu pada 5 hari bulan pada setiap bulan.

Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.

Rozana memfailkan tuntutan nafkah berkenaan mengikut Seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!








PANAS!!! EMMA MAEMBONG DEDAHKAN CINTA HATI BARU!!!


KEBETULAN???NAZRIEF NAZRI CINTA BARU EMMA MAEMBONG!!!

PETALING JAYA: Pelakon Nazrief Nazri menegaskan dia tidak  menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap aktres Emma Maembong ataupun berhasrat menganggu hubungan wanita itu dengan aktor Kamal Adli. Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 25, berkata, dia hanya mengenali rapat wanita itu sejak menjalani penggambaran dalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

"Saya baru sahaja kenal Emma sejak berlakon kami berlakon bersama dalam Nasi Minyak Kuah Cinta, sebelum ini kami hanya bertegur sapa dekat majlis hiburan sahaja. "Saya akui memang serasi berlakon dengannya, namun tidak terfikir sampai ingin bercinta atau ambil kesempatan terhadap hubungan mereka. Bagaimanapun saya tidak nafikan dia seorang wanita yang cantik dan mudah mesra,".

Pasangan ini berlakon bersama dalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta. Nazrief mengulas laporan akhbar mingguan pada Ahad bahawa dia mempunyai hubungan dengan aktres berkenaan dan menimbulkan spekulasi terdapat cinta lokasi antara mereka. Pelakon tersebut juga dilihat hadir ke majlis rumah terbuka baru-baru ini bersama-sama sambil mengayakan pakaian dengan warna sedondon.

"Sebenarnya sebelum ke rumah terbuka itu kami masih lagi menjalani penggambaran dan ke majlis tersebut secara berasingan. Emma dengan pembantu dia dan saya dengan pembantu peribadi saya. "Sampai di majlis itu baru perasan baju kami agak sedondon dan ia secara kebetulan bukan dirancang. Jadi alang-alang kami berjalanlah sekali," ujarnya.

Tambah Nazrief, dia tidak begitu mengenali pasangan kekasih tersebut dan tidak mengikuti perkembangan mereka. "Secara jujurnya sebelum ini saya tidak begitu tahu tentang hubungan Kamal dan Emma, jadi saya pun tidak tahu mereka sedang berantakan. "Kalau nak cakap saya punca mereka bermasalah adalah agak mustahil kerana saya baru sangat kenal Emma," ujarnya.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







GOSIP!!! RUMAH BARU SITI NORDIANA JADI TANDA TANYA!!!!


Selepas dikatakan mula meminta bayaran yang lebih untuk membuat persembahan, timbul pula khabar angin baru yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai. Wah! Hebat. Walaubagaimanapun, Nana berkata berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.

"Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi. Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal."

Malah, menurut Nana wang kemenangan Gegar Vaganza musim kedua juga tidak mencukupi untuk beliau membeli sebuah rumah. "Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah." Anggap sahaja ia satu doa Nana, mana tahu rezeki undangan nyanyian dan berlakon anda mampu unutk membeli rumah mewah secara tunai di masa hadapan? Tak mustahil.


PANAS!!! EMMA MAEMBONG BERPISAH DENGAN KAMAL ADLI!!!!!!


Emma Maembong dan Kamal Adli, dahulunya pasangan yang cukup manis dan kelihatan manis bersama. Kisah cinta mereka menjadi kegemaran ramai, malah ada yang mahu menjadi seperti pasangan tersebut. Namun, hari tidak selalunya indah. Kadang-kadang pasti hujan dan ribut akan melanda menguji kasih sayang, kesetiaan dan cinta.

Bermula daripada kenyataan Emma yang menggambarkan hubungan mereka bermasalah & pengakuan Kamal tentang kesilapannya serta gosip kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka, semuanya menjadi satu tanda tanya. Sebelum ini kita tahu Emma menanti kepulangan Kamal daripada luar negara untuk berbincang tentang hala tuju hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, terbaru hubungan Emma dan Kamal sebenarnya sudah berakhir minggu lepas. Emma sendiri yang membuat pengakuan tersebut. Hmmmph, mungkinkah Emma sudah terasa hati dengan sikap Kamal? Sayangnya ramai yang mengharapkan hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin memandangkan Emma dan Kamal pernah melalui episod cinta yang agak sedih bersama bekas kekasih masing-masing.

Mungkin ini lah sebabnya orang tua-tua berkata, kalau bercinta jangan lama-lama. Kamal, kalau anda dan Emma sudah betul-betul saling mencintai, masuk meminang sahaja dan buktikan kasih sayang anda pada pasangan. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada Emma Maembong sendiri, adakah benar hubungan beliau dan Kamal sudah tidak dapat diselamatkan lagi.




PANASSS!!!MIRA FILZAH PUNCA FATTAH AMIN MENINGGALKAN SHERRY IBRAHIM!!!

Kisah percintaan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang tidak kesampaian nampaknya masih lagi menjadi topik hangat.

Sebelum ini ada timbul spekulasi Fattah meninggalkan Sherry kerana mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usaha pengusaha tudung, terbaru ada yang mendakwa pelakon Mira Filzah adalah punca Fattah dan Sherry berpisah.

Fattah sengaja mencari alasan dengan mengatakan sikap Sherry yang terlalu kuat cemburu dan mengongkong adalah sebab utama beliau ingin berpisah.

Namun, sebenarnya ia hanyalah “sandiwara” Fattah untuk bersama Mira.

Katanya hubungan Fattah dan Mira mula akrab sejak beberapa bulan lepas dan mungkin mereka mempunyai hubungan istimewa, lebih-lebih lag i Fattah yang kini mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebgai Myfastyle telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidaklah kami ketahui, tetapi soal jodoh ini mempunyai seribu satu rahsianya. Kalau sudah tiada jodoh antara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim hendak buat macam mana lagi?



Wahh!!!Ifa Raziah Terima Gelaran Datuk???


Wahh!!!Ifa Raziah Terima Gelaran Datuk???

Minggu lepas, ada sumber yang mengatakan penyanyi Ifa Raziah sebenarya sudah bergelar Datuk. Namun, ada yang kurang percaya dengan berita berkenaan kerana seperti biasa jika seorang selebriti menerima anugerah tersebut, pasti ia akan diumumkan di dada akhbar.

Tidak mahu ada yang terus membuat andaian mereka sendiri, Ifa mengakui beliau telah menerima penganugerahan tersebut secara sah daripada salah satu raja yang berada di negera Malaysia.

    "Ya, saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang. Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja".

Menurut Ifa, anugerah tersebut cukup bermakna buat dirinya. Walaubagaimanapun, Ifa sebenarnya tidak kisah sama ada mahu dipanggil dengan gelaran tersebut atau tidak. Ifa buat masa ini menggunakan gelaran Datuk yang diterimanya untuk perniagaan dan urusan rasmi sahaja.

    "Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta. Tidak apalah kalau ada orang yang mempertikaikan gelaran itu, saya hanya tersenyum, sama ada layak atau tidak hanya pihak yang memberikan gelaran itu sahaja yang tahu. Siapalah kita untuk mempertikaikannya. Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu".

Wah, tahniah kami ucapkan kepada Ifa Raziah atas gelaran yang diterima. Biasalah, pasti akan ada yang mempertikaikan kalau ada artis yang menerima anugerah berkenaan. Apa-apa pun, kalau sudah rezeki takkanlah hendak tolak pula?



SENSASI!! NOURUL WAHAB DIGANGGU LELAKI GATAL GARA-GARA PEKERJA RESTORAN MAKANAN SEGERA!!!!!


PETALING JAYA: Gara-gara terlepas perkataan kasar ketika membuat pesanan, maklumat peribadi penyanyi Nourul Wahab telah didedahkan kepada sebuah kumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran makanan segera. Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 38, berkata, tindakan pekerja tersebut mengakibatkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.

"Saya ada menghubungi sebuah restoran makakan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar."Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat saya seorang janda," ujarnya kepada mStar Online.



Bagaimanapun, Nourul berkata, pihak restoran makanan segera sudah menghubunginya selepas memuat naik status di laman sosial pada Jumaat lalu. Tambahnya, pihak restoran itu turut meminta maaf dan akan sedang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan. "Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.

"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," ujarnya. Nourul berkata, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada malam Jumaat lalu. Tambahnya, dia kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Saya buat laporan polis demi keselamatan saya kerana ada yang hubungi saya ugut yang bukan-bukan. Sekarang sedang kumpul bukti dan ikut nasihat peguam saya. "Jika dalam tempoh seminggu masih ada orang kacau saya tidak teragak-agak untuk bawa perkara ini ke mahkamah," ujarnya.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







TERBONGKAR!!!!! ISTERI PELAWAK ALONG CHAM DITANGKAP KHALWAT!!!!!!!!



PETALING JAYA: Pelawak Along Cham meminta agar diberikan sedikit privasi ketika diminta mengulas tentang kejadian isterinya Zila Seeron dilaporkan dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pagi Sabtu.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan."Saya perlukan privasi," ujarnya ketika menjawab pertanyaan menerusi aplikasi Whatsapp, pada Ahad. Terdahulu, akhbar melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada  seorang pelakon dan pelawak ditahan disyaki berkhalwat di sebuah apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil.

Wanita yang juga penyanyi berusia 28 tahun itu ditangkap berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik. Manakala seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi. Ketika serbuan, penguatkuasa Jawi meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.

Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini, rumah tangga Along dan Zila dilaporkan sedang berantakan dan pasangan ini sedang di dalam proses perceraian. Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial, 5.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!








Saturday, 13 August 2016

PANAS!! GEMPAR!! SENSASI!! VIDEO ISTERI PELAKON DAN PELAWAK DITANGKAP KHALWAT!!!!!!


Kuala Lumpur: Seorang penyanyi yang juga isteri kepada pelakon dan pelawak ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik apartmen teman lelakinya, di Bukit Jalil, dekat sini, ketika mereka ditangkap berkhalwat, awal pagi semalam.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!








PANAS!!!! GAMBAR GHAIRAH ERIN MALEK DI KELAB!!!!

Amboi Erin, Gberdansa sampai macam tu sekali.. Terbaik!!!










PANAS!!! SAYA TIDAK TAHU FILEM ZACK KAPCAI DISIARKAN!!!!


Kuala Lumpur: “Saya tak tahu apa-apa dan terkejut apabila diberitahu Zack Kapcai difilemkan. Itu pun saya tahu daripada kawan yang mengucapkan tahniah,” demikian kata kartunis majalah humor Gila-Gila Roslim Jamil. Roslim yang lebih dikenali umum sebagai Zack Kapcai berkata, dia berasa sangat terkilan dengan berita berkenaan yang didengar daripada mulut orang lain bukan daripada penerbit filem itu, David Teo.

“Seluruh Malaysia tahu Zack Kapcai hasil karya saya dan sinonim dalam majalah Gila-Gila sejak 1988 lagi. “Sampaikan orang tak panggil saya Roslim tapi Zack Kapcai penangan siri kartun itu. “Tetapi, bila ada pihak tiba-tiba angkat tajuk Zack Kapcai dalam sebuah filem sudah tentu saya terkilan dan kecewa seolah-olah hasil karya saya tidak dihormati,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau merujuk kepada filem aksi komedi terbaru, Zack Kapcai terbitan Metrowealth Movies Production lakonan Fad Bocey, Rahim R2, Syuk SYJ dan Julia Marin yang menemui penonton, 14 Julai lalu. Sementara itu, Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar atau Juragan berkata, walaupun kartunis bukan karyawan diagungkan di Malaysia, tetapi golongan seperti mereka juga menyumbang kepada industri hiburan terutama dunia lawak yang menjadi fenomena sekarang.

“Jika sesebuah karya kartunis difilemkan pasti suatu penghormatan kepada kartunis itu. Tetapi jika kartunis itu langsung tidak tahu menahu karyanya difilemkan ia bagaikan satu penghinaan. “Zack Kapcai adalah hasil penat lelah Roslim memerah otak untuk menghasilkannya. Ia tersiar sejak 1988dan hingga kini masih disiar dalam majalah Gila-Gila.

“Sesuatu yang dikesalkan dalam isu filem ini, penerbit sengaja dengan niat mempergunakan populariti karya Roslim untuk melariskan produk mereka,” katanya. Menurutnya, mereka bersuara bukan soal tidak diberikan royalti, tetapi isu sebenar adalah peradaban hormat menghormati hak sesama karyawan. “Sebagai penerbit dia (David Teo) harus berasa malu dengan ‘kecurian’ sengaja ini. Kartunis biasanya meminta keizinan syarikat filem jika ingin melukis hasil karya filem mereka.

“Kalau hendak guna apa-apa bahkan tajuk sekalipun, sepatutnya datang berbincang. Dalam hal ini, mungkin lebih manis jika Roslim dimaklumkan terlebih dulu,” katanya.
Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MiG) David Teo gagal berikutan panggilan tidak berjawab dan mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tidak berbalas.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







TERBARU!!! ARTIS SMULE MALAYSIA KELUAR SINGLE PERTAMA!!!!!


PETALING JAYA: Selepas meraih populariti di aplikasi nyanyian 'Smule', penyanyi baharu Eka Sharif akhirnya keluar dengan single pertama berjudul Mengenal Cinta. Eka atau nama sebenarnya Nur Atiqah Binti Shariffudin, 27, berkata, lagu bergenre pop itu merupakan hasil ciptaanya sendiri  dengan kerjasama Ardiv Jauhari.

"Setelah lama mendiam diri dalam industri saya akan muncul dengan mempertaruhkan single terbaharu berjudul Mengenal Cinta. "Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang baharu pertama kali bercinta dan belajar untuk setia dengan pasangannya," ujarnya.

Eka Sharif sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia 9 dan kemudian bergerak secara duo dengan kumpulan Hanarose.Bagaimanapun, kerjaya nyanyiannya kurang mendapat sambutan sebelum muncul dikenali menerusi aplikasi Smule.

Dia menyanyikan semula lagu Sudah Ku Tahu daripada Projector Band bersama Khai Bahar mendapat lebih satu juta tontonan di Youtube. Eka Sharif kini bernaung di bawah syarikat rakaman MAP Music. Lagu Mengenal Cinta dijangka akan disiarkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







Friday, 12 August 2016

MAS IDAYU PERTAHANKAN BAHASA MALAYSIA DI INDONESIA!!!!!



PETALING JAYA: Penyanyi Mas Idayu memberitahu prinsipnya mengekalkan bahasa Malaysia dalam pertuturan menerusi program realiti Indonesia menjadikan dia diterima masyarakat negara jiran itu.

Mas Idayu, 47, berkata, dia turut menegur peserta atau artis dari negara ini yang ingin ke negara seberang itu agar terus mengekalkan penggunaan bahasa Malaysia daripada terikut-ikut kepada bahasa Indonesia.

"Alhamdulillah, cara saya menggunakan bahasa Malaysia ketika menjadi juri di program D'Academy Asia dan D'Academy Celebrity disukai oleh penonton dan termasuk pihak stesen televisyen Indosiar.

"Malah, saya menegur peserta-paserta dari Malaysia agar tidak terikut-ikut untuk bercakap bahasa Indonesia. Pihak Indosiar sendiri setuju agar saya terus menggunakan bahasa Malaysia kerana ia dapat membezakan antara Malaysia dan Indonesia," ujarnya.























Mas Idayu diterima di Indonesia.

Mas Idayu kini popular apabila dilantik sebagai juri di beberapa program realiti nyanyian terbitan stesen televisyen Indosiar, Indonesia.

Penyanyi lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan ini mengakui melalui jalan mudah untuk dikenali dan mendapat perhatian di negara seberang itu.

Katanya, dia juga ditawarkan untuk merakamkan sebuah lagu berjudul Nafsu ciptaan komposer Caca Handika yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Saya bersyukur apabila diterima dengan mudah di Indonesia dan kini mempunyai kelompok peminat sendiri. Pengikut laman sosial saya juga sudah meningkat ke 800,000 di Instagram.

"Pihak Indosiar juga membuat sebuah lagu dangdut berjudul Nafsu untuk saya dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.

Mas Idayu berkata, dia balik ke Malaysia untuk beberapa bulan bagi menjadi juri di Akademi Fantasia 2016 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini.

Katanya, dia bakal ke Indonesia semula pada Oktober depan untuk terlibat dalam program D'Academy Asia untuk musim baharu.

"Saya balik untuk beberapa minggu bagi menjadi juri AF2016 selepas itu pada Oktober saya akan kembali ke Indonesia semua untuk jadi juri program D'Academy Asia.

"Kali ini lebih ramai kerana ada enam negara bertanding termasuk Timor Laste dan Thailand. Saya juga dimaklumkan peserta dari Malaysia juga mantap dan ada suara yang bagus," ujarnya.


Thursday, 11 August 2016

TERGEMPAR!!! CARA DELEVINGNE MENJADI GILA KERANA SUICIDE SQUAD!!!!


Cara Delevingne


Pelakon jelita, Cara Delevingne hampir hilang akal sewaktu menjayakan watak ahli sihir, Enchantress dalam filem terbaharunya, Suicide Squad baru-baru ini.

Menurut Delevingne, Enchantress mempunyai keperibadian yang sangat gelap sehingga dia terlalu terbawa-bawa ketika melakonkan watak berkenaan.

“Saya membuat kajian tentang ketagihan dan tekanan perasaan. Pada masa sama mempunyai fikiran yang sangat jahat serta bersifat syaitan.

“Sedikit sahaja lagi untuk saya benar-benar hilang akal ketika menjadi Enchantress, namun ia suatu pengalaman menarik,” ujarnya lagi.

Tambah pelakon muda itu lagi, jika mempunyai kuasa seperti Enchantress, dia pasti tidak akan berfikir panjang untuk merompak bank dan membunuh orang sesuka hati.