Sunday 14 August 2016

Filled Under:
,

GOSIP!!! RUMAH BARU SITI NORDIANA JADI TANDA TANYA!!!!


Selepas dikatakan mula meminta bayaran yang lebih untuk membuat persembahan, timbul pula khabar angin baru yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai. Wah! Hebat. Walaubagaimanapun, Nana berkata berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.

"Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi. Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal."

Malah, menurut Nana wang kemenangan Gegar Vaganza musim kedua juga tidak mencukupi untuk beliau membeli sebuah rumah. "Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah." Anggap sahaja ia satu doa Nana, mana tahu rezeki undangan nyanyian dan berlakon anda mampu unutk membeli rumah mewah secara tunai di masa hadapan? Tak mustahil.




0 comments:

Post a Comment