Monday 15 August 2016

TERKINI!! ANGGOTA TENTERA CEDERA DALAM SERANGAN BOM!!!


NARATHIWAT: Dua anggota tentera cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kejadian serangan bom di Jalan Petchakasem berhampiran Kampung Sompoi di Bacho di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Bacho Kol Pattah Madawa berkata serangan bom pada 7.05 pagi (waktu tempatan) itu menyasarkan lapan anggota tentera yang menaiki empat motosikal ketika bertugas mengawal keselamatan guru.

"Bom seberat 5 kilogram itu diledakkan menggunakan walkie-talkie," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Bacho sebelum dipindahkan ke Hospital Ratchanakarin di sini. Sebutir lagi bom seberat 20 kg diletupkan beberapa meter daripada lokasi kejadian pertama tetapi tiada anggota tentera cedera dalam serangan itu, katanya.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





TERKINI!!! MALAYSIA TUMPASKAN CHINA!!! MALAYSIA DI TANGGA TERATAS BADMINTON DUNIA!!!!


RIO DE JANEIRO: Pasangan beregu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong melakar kejutan ke atas beregu utama dunia Lee Yong Dae-Yoon Yeon Seong untuk mara ke separuh akhir acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Rio di sini, Isnin.

Beregu Malaysia itu mempamerkan permainan agresif dengan melakukan asakan untuk mencatatkan kemenangan 17-21, 21-18, 21-19 dalam masa 86 minit walaupun mencatat kemenangan kedua dalam lapan pertemuan menentang beregu dari Korea Selatan itu.

Pertarungan sengit itu menyaksikan beregu Korea membuat percubaan terakhir selepas ketinggalan 13-18 dan merapatkan jurang kepada 19-20 sebelum gandingan Malaysia itu melengkapkan kemenangan untuk ke separuh akhir esok.

V Shem-Wee Kiong akan bertemu Chai Biao-Hong Wei selepas pasangan beregu dari China itu menewaskan pasangan beregu dari Rusia, Valdimir Inaov-Ivan Sozonov 21-13, 16-21, 21-16 dalam masa 56 minit. Kemenangan beregu negara di pentas suku akhir mencerahkan peluang untuk pasangan itu merangkul pingat.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, beregu nombor empat dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan akan berentap dengan beregu dari Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge. Beregu China itu, yang tewas kepada Malaysia dengan rubber set dalam aksi kumpulan, menundukkan gandingan beregu nombor tiga dunia, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang dari Korea Selatan 11-21, 21-18, 24-22 dalam perlawanan yang berlarutan selama 73 minit.

Beregu dari Britain melangkah ke slot separuh akhir selepas berjuang  menewaskan pasangan dari Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-19, 21-17 dalam masa 65 minit di suku akhir. Sementara itu, Wee Kiong berkata mereka akan turun habis-habisan pada aksi separuh akhir selepas mendapat suntikan semangat menewaskan gandingan Korea itu. "Kami mampu menghadapi tekanan dan melakukan banyak asakan pada set penentuan. Kami yakin untuk mara seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei gagal melakar kejutan untuk ke separuh akhir selepas tumpas kepada pasangan nombor satu dunia, Misaki Matsutomo-Ayaka Akahashi.

Pasangan beregu dari Jepun itu mengambil masa 76 minit untuk melengkapkan kemenangan 21-16, 18-21 dan 21-9. Bagaimanapun, ini kali pertama beregu negara menang satu set daripada perlawanan selepas mengharungi lapan pertemuan antara mereka. "Kami tidak mampu menghadapi tekanan daripada gandingan Jepun dalam set penentuan," kata Vivian selepas perlawanan itu.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





TERIKINI!!! CHINA KALAH BADMINTON DENGAN MALAYSIA!!!!

RIO DE JANEIRO: Malaysia mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak dalam acara badminton selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke final Sukan Olimpik Rio de Janeiro, pada Isnin.

Pasangan negara mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka.

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dalam perlawanan akhir Rabu ini.

Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





PANAS!!! BUKTI PENYELEWENGAN BOLA SEPAK MALAYSIA KINI DALAM GENGGAMAN TMJ!!!


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai hak untuk mendedahkan bukti penyelewengan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu yang didakwa disimpan dalam pemacu pena yang dimilikinya.

"Ia pilihannya untuk buat laporan atau tidak. Terpulang kepada beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini, Isnin.

Menurut Abdul Mokhtar, dakwaan penyelewengan itu bagaimanapun tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut kerana FAM telah mengeluarkan kenyataan balas mengenainya.

"Setiausaha Agung (Datuk Hamidin Mohd Amin) sudah menjawab perkara ini. Kita juga sudah keluarkan kenyataan balas yang jujur kepada media.

"Kita sudah jelaskan kerana kita ada integriti dan mahu memperbaiki kelemahan kita. Kita juga mahu bersihkan 'rumah' ini," katanya.

Baru-baru ini, Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pendrive (pemacu pena) yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sejak 30 tahun lalu.

Dakwaan itu menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertemu dengan Tunku Ismail di Johor Baru untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pendedahan dibuat oleh Tunku Ismail mengenai dakwaan penyelewengan dalam FAM.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





BERITA!! RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT DALAM KEMATIAN AKIBAT PENGEBOMAN DI PHUKET!!!


BANGKOK: Polis Diraja Thailand mengesahkan ia telah menghubungi rakan sejawatannya di Malaysia berhubung dakwaan mengenai penggunaan telefon bimbit Malaysia dalam satu daripada insiden pengeboman di selatan Thailand beberapa hari lalu.

Ketuanya Jen Chakthip Chaijinda berkata, Polis Diraja Thailand mendapat kerjasama yang baik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu.

"Kita telah menghubungi rakan sejawatan kita (Malaysia) mengenai perkara itu dan kita mendapat kerjasama baik daripada mereka (polis Malaysia)," kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat keselamatan, Isnin.

Beliau diminta mengulas laporan media dua hari lepas yang mendakwa bahawa satu daripada dua telefon bimbit yang dikatakan digunakan untuk meletupkan bom di selatan Thailand baru-baru ini mempunyai nombor siri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut laporan, telefon bimbit itu berasal dari Malaysia dan polis Thailand telah menyerahkan nombor siri telefon itu kepada rakan sejawatannya di Malaysia untuk mengesan pemiliknya.
Sumber itu yang memaklumkan maklumat tersebut kepada Bernama juga bekata, telefon bimbit itu digunakan untuk meletupkan satu daripada bom di Phuket pada Jumaat lepas.

Chakhthip juga ditanya oleh media sama ada telefon bimbit itu digunakan dalam aktiviti jenayah lain tetapi ketua polis itu tidak mahu menjawab sambil berkata ia maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia besar.

Beliau enggan menjawab soalan lain berhubung dakwaan telefon bimbit dari Malaysia itu digunakan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan juga ditanya oleh media mengenai isu telefon bimbit itu dan sama ada Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha akan membangkitkan isu itu semasa lawatan ke Malaysia, Selasa.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincangkan oleh Prayut dan Najib.

"Perdana Menteri (Jen Prayut) tahu apa yang akan dilakukan dalam lawatan ke Malaysia,"kata beliau ketika mengulas lawatan sehari Prayut ke Malaysia untuk menghadiri persidangan mengenai Strategi Lautan Biru di Putrajaya, Selasa.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





BERITA!!! KEMALANGAN MEMBABITKAN TEKSI & BAS DI KLIA!!!


PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan teksi limosin dan bas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang belum tidak dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Pekeliling KLIA2-KLIA pada kira-kira pukul 7.26 malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





PENGAKUAN!!! AWAL ASHAARI TUMPANG REZEKI ANAK???


PETALING JAYA:  Pelakon Awal Ashaari berkata, dia dan isteri, Scha Alyahya banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Alana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.

Awal, 35, berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini. 

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

Awal ditemui pada majlis pelancaran program realiti pertama yang mendedahkan tentang kehidupan Lara Alana. Program 13 episod itu akan mula bersiaran pada setiap Rabu bermula 17 Ogos ini, pukul 9 malam di Astro Ria. Tambah Awal, walaupun rezeki mencurah-curah buat Lara namun mereka masih beringat iaitu wang pendapatan yang diterima  Lara akan disimpan untuk masa depan pembelajaran dan insurannya.

Dalam pada itu Awal berkata, ramai pengikut laman sosial Instagram anaknya iaitu   yang teruja untuk melihat perkembangan kanak-kanak itu setiap hari. Awal berkata, perkara tersebut membuatkan dia terpaksa memuat naik gambar dan video terbaharu hampir setiap hari di Instagram peribadi kanak-kanak itu yang kini mencecah 2.1 juta pengikut. Lara (tengah) kini terlibat dalam rancangan realiti Lara Oh Lara siaran Astro Ria.

"Lara ada peminat yang terlalu obses dengan dia sehinggakan jika saya tidak muat naik gambar terbaru dia, mereka akan masuk ke Instagram saya atau isteri Scha Alyahya.

"Mereka minta gambar dan video terbaru Lara kerana rindu nak tengok dia. Kadang-kadang bukan tidak mahu muat naik tapi tiada gambar atau video menarik untuk dikongsi," ujarnya.

Tambah Awal, dia juga sering ditegur dan dimarahi oleh peminat-peminat Lara jika dirasakan tidak betul apa yang dilakukannya terhadap Lara.

"Kadang-kadang ada yang marah-marah dan bagitahu sesuatu cara yang saya lakukan adalah salah dan jangan buat begitu. Mereka terlalu perihatin dengan apa sahaja yang saya buat terhadap Lara.

"Saya tidak rimas tetapi bersyukur kerana ramai yang sayangkan dia. Cuma saya sedar dalam ramai-ramai ada juga yang tidak sukakan dia, biasalah tidak semua orang suka cara kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Awal berkata dia agak gementar untuk menerima reaksi orang ramai terhadap cara penjagaan anaknya yang dipaparkan dalam program realiti Lara Oh Lara. Dia takut cara yang dilakukan dalam membesarkan kanak-kanak itu selama ini salah atau tidak diterima masyarakat.

"Saya gementar untuk menerima bagaimana respons orang ramai terhadap program realiti penjagaan anak saya ini.

"Saya bukan takut dikritik tetapi takut apa yang saya lakukan dalam membesarkan Lara itu sebenarnya salah dan mendapat respons negatif," ujarnya.

Bagaimanapun, Awal berkata, dia teruja dapat merakam dan berkongsi pengalaman membesarkan anaknya dalam tempoh tiga bulan menerusi program berkenaan.

"Rakaman mengambil masa tiga bulan untuk 13 episod itu, banyak perkembangan yang dapat dilihat pada Lara daripada episod pertama hingga akhir.

"Penggambaran ambil masa yang panjang kerana tidak mahu memaksa dan memberi tekanan kepada kanak-kanak itu. Kalau dia menangis dan tiada mood mereka terpaksa berhenti dan sambung hari lain," ujarnya.

Progran realiti tersebut turut menampilkan selebriti terkenal lain seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay dan Dynas Mokhtar.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!