Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Monday, 15 August 2016

TERKINI!!! MALAYSIA TUMPASKAN CHINA!!! MALAYSIA DI TANGGA TERATAS BADMINTON DUNIA!!!!


RIO DE JANEIRO: Pasangan beregu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong melakar kejutan ke atas beregu utama dunia Lee Yong Dae-Yoon Yeon Seong untuk mara ke separuh akhir acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Rio di sini, Isnin.

Beregu Malaysia itu mempamerkan permainan agresif dengan melakukan asakan untuk mencatatkan kemenangan 17-21, 21-18, 21-19 dalam masa 86 minit walaupun mencatat kemenangan kedua dalam lapan pertemuan menentang beregu dari Korea Selatan itu.

Pertarungan sengit itu menyaksikan beregu Korea membuat percubaan terakhir selepas ketinggalan 13-18 dan merapatkan jurang kepada 19-20 sebelum gandingan Malaysia itu melengkapkan kemenangan untuk ke separuh akhir esok.

V Shem-Wee Kiong akan bertemu Chai Biao-Hong Wei selepas pasangan beregu dari China itu menewaskan pasangan beregu dari Rusia, Valdimir Inaov-Ivan Sozonov 21-13, 16-21, 21-16 dalam masa 56 minit. Kemenangan beregu negara di pentas suku akhir mencerahkan peluang untuk pasangan itu merangkul pingat.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, beregu nombor empat dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan akan berentap dengan beregu dari Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge. Beregu China itu, yang tewas kepada Malaysia dengan rubber set dalam aksi kumpulan, menundukkan gandingan beregu nombor tiga dunia, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang dari Korea Selatan 11-21, 21-18, 24-22 dalam perlawanan yang berlarutan selama 73 minit.

Beregu dari Britain melangkah ke slot separuh akhir selepas berjuang  menewaskan pasangan dari Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-19, 21-17 dalam masa 65 minit di suku akhir. Sementara itu, Wee Kiong berkata mereka akan turun habis-habisan pada aksi separuh akhir selepas mendapat suntikan semangat menewaskan gandingan Korea itu. "Kami mampu menghadapi tekanan dan melakukan banyak asakan pada set penentuan. Kami yakin untuk mara seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei gagal melakar kejutan untuk ke separuh akhir selepas tumpas kepada pasangan nombor satu dunia, Misaki Matsutomo-Ayaka Akahashi.

Pasangan beregu dari Jepun itu mengambil masa 76 minit untuk melengkapkan kemenangan 21-16, 18-21 dan 21-9. Bagaimanapun, ini kali pertama beregu negara menang satu set daripada perlawanan selepas mengharungi lapan pertemuan antara mereka. "Kami tidak mampu menghadapi tekanan daripada gandingan Jepun dalam set penentuan," kata Vivian selepas perlawanan itu.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





TERIKINI!!! CHINA KALAH BADMINTON DENGAN MALAYSIA!!!!

RIO DE JANEIRO: Malaysia mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak dalam acara badminton selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke final Sukan Olimpik Rio de Janeiro, pada Isnin.

Pasangan negara mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka.

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dalam perlawanan akhir Rabu ini.

Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





PANAS!!! BUKTI PENYELEWENGAN BOLA SEPAK MALAYSIA KINI DALAM GENGGAMAN TMJ!!!


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai hak untuk mendedahkan bukti penyelewengan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu yang didakwa disimpan dalam pemacu pena yang dimilikinya.

"Ia pilihannya untuk buat laporan atau tidak. Terpulang kepada beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini, Isnin.

Menurut Abdul Mokhtar, dakwaan penyelewengan itu bagaimanapun tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut kerana FAM telah mengeluarkan kenyataan balas mengenainya.

"Setiausaha Agung (Datuk Hamidin Mohd Amin) sudah menjawab perkara ini. Kita juga sudah keluarkan kenyataan balas yang jujur kepada media.

"Kita sudah jelaskan kerana kita ada integriti dan mahu memperbaiki kelemahan kita. Kita juga mahu bersihkan 'rumah' ini," katanya.

Baru-baru ini, Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pendrive (pemacu pena) yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sejak 30 tahun lalu.

Dakwaan itu menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertemu dengan Tunku Ismail di Johor Baru untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pendedahan dibuat oleh Tunku Ismail mengenai dakwaan penyelewengan dalam FAM.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





Sunday, 14 August 2016

MANUSIA TERPANTAS DI DUNIA MENANG EMAS KE-3 DI OLIMPIK!!!!!


PELARI Jamaica, Usain Bolt menjadi atlet pertama memenangi tiga gelaran Olimpik berturut-turut dalam acara 100 meter dengan mengenepikan Justin Gatlin dari Amerika Syarikat (AS) untuk meraih pingat emas di Rio 2016.

Bolt, 29, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9.81 saat sekali gus mengulangi kejayaannya di Beijing pada 2008 dan London, empat tahun lalu.

Gatlin yang digantung dua kali atas kesalahan doping sekadar memenangi perak apabila ketinggalan 0.08 saat di belakang Bolt.

Bolt kekal dengan sasaran untuk menamatkan kempen di Rio dengan gelaran treble ketiga Olimpik berturut-turut selepas memenangi acara 100m, 200m dan 4x100m pada 2008 dan 2012.

Pemegang rekod dunia itu berkata pada Februari lalu bahawa beliau akan bersara dari sukan olahraga selepas kejohanan dunia 2017.


Thursday, 11 August 2016

MEMBARA!!! ATLET BADMINTON NEGARA "RATAH" PIHAK LAWAN!!!!!



Badminton: Semua wakil negara langkah kanan. CHONG Wei menyingkirkan pemain ranking ke-318 dunia, Soren Opti dari Surinam 21-2, 21-3 dalam tempoh 18 minit.



Skuad badminton negara memulakan aksi pembukaan Sukan Olimpik Rio 2016 dengan cemerlang apabila keempat-empat wakil negara yang beraksi mencatat kemenangan di Pavilion 4 Riocentro. Selepas jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei menewaskan lawan masing-masing malam tadi, jejak itu turut diikuti beregu lelaki dan pasangan campuran negara sebentar tadi. Seperti dijangka, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak berdepan masalah menewaskan Michael Fuch-Johannes Schoettle dari Jerman 21-14, 21-17. Pasangan campuran negara, Chan Peng Soon pula menumpaskan beregu Thailand, Bodin Isara-Savitree Amitrapai 21-13, 21-19. Kemenangan itu meletakkan keempat-empat wakil negara itu di laluan tepat untuk beraksi di pusingan kalah mati. GOH V Shem-Tan Wee Kiong tidak berdepan masalah menewaskan Michael Fuch-Johannes Schoettle dari Jerman 21-14, 21-17.