Baru terbabit dalam bidang seni bukan alasan untuk penyanyi Nadira Adnan tidak boleh tampil dengan sebuah konsert. Sebaliknya, penyanyi yang turut popular di Indonesia itu teruja apabila hasrat mengadakan konsert mendapat sokongan banyak pihak.
Bakal mempersembahkan konsert bertemakan Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Ogos ini, selain Nadira persembahan akan dijayakan penyanyi popular seperti Amy Search, Yuna, Joe Flizzow, Noh Salleh dan penyanyi Indonesia, Al Ghazali. Gembira dengan sambutan yang diterima, malah tiket untuk persembahan malam pertama sudah habis dijual, Nadira tidak sabar beraksi di pentas bersama artis terbabit.
“Saya tidak sangka mereka sudi memberi kerjasama untuk menjayakan konsert ini. Saya memilih mereka kerana masing-masing punya kelebihan dalam bidang seni.
0 comments:
Post a Comment