Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, cinta Lisdawati Nazaruddin, 37, terhadap dunia lakonan tidak pernah luntur. Pelakon berkaliber ini turut menafikan dakwaan segelintir pihak dia sudah bersara kerana perkara itu tidak pernah terlintas di hatinya selama ini.
Tegas Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2004/2005 menerusi drama Miftahul Jamilah ini, lakonan sudah sebati dengan dirinya dan tidak mungkin semudah itu mengundur diri.
“Tidak dinafikan selepas melahirkan anak ketiga, saya menyepi selama dua tahun.
“Terkejut juga apabila ada rakan artis bertanya sama ada saya sudah bersara seperti yang diperkatakan orang.
KLIK UNTUK FOTO TERKINI LISDAWATI
0 comments:
Post a Comment