Monday, 15 August 2016

Filled Under:
,

GEMPAR!!! ANAK KECIL INI TELAH MEMPEROLEHI RANCANGAN TV TERSENDIRI SEJAK KECIL!!!


Petaling Jaya: Anak kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menjadi kanak-kanak pertama di Malaysia yang memiliki program realiti sendiri berjudul Lara Oh Lara! Awal berkata, program ini diterbitkan khas untuk anaknya bersempena ulang tahun kedua Lara tahun ini yang jatuh pada 22 Julai lalu.

"Saya memang tidak menyangka pihak Astro mahu menerbitkan program realiti membabitkan anak kami. Bukan apa saya bimbang Lara sukar memberi komitmen disebabkan dia masih kecil.

"Malah sepanjang proses rakaman program ini pihak produksi perlu mengikut 'mood' Lara. Justeru saya dan Scha akan memastikan Lara cukup tidur dan rehat. Barulah dia boleh menjalankan aktiviti harian dengan baik," katanya.

Menurut Awal, program itu bukan sahaja memaparkan aktiviti harian Lara di rumah tetapi juga di sekolah, taman hiburan, percutian ke Jepun dan beberapa lokasi lain.

"Sebelum ini ramai cakap tak puas menonton aksi Lara di laman Instagram. Jadi dengan adanya program ini kerinduan peminat terhadap Lara sedikit sebanyak terubat.

"Turut dipaparkan beberapa klip video eksklusif yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini. Menariknya juga dalam program ini kami berkongsi tip berkenaan penjagaan anak," katanya.

Selain menjadi kanak-kanak pertama mempunyai program realiti, Lara juga mencatat sejarah apabila memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.1 juta di laman Instagram.

Program sebanyak 13 episod ini turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Lara Oh Lara! mula bersiaran pada 17 Ogos, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!








0 comments:

Post a Comment