Monday, 15 August 2016

Filled Under:
,

KONSEP DANGDUT URBAN MENJADI TARUHAN SYUHADA AMIN !!BACANYA DI SINI!!!


Syuhada Amin (penyanyi kelahiran D'Academy Asia) telah melancarkan single keduanya berjudul "Bukan Dia" dan dia nampaknya berani mengetengahkan elemen dangdut urban dalam lagu barunya ini. Bagi penyanyi berusia 20 tahun ini, dia hanya mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya.

“Ini adalah kolaborasi kedua saya dengan komposer DJ Fuzz yang juga menjadi komposer single pertama saya, Tanpa Kamu. Single kedua ini saya selitkan elemen dangdut untuk menampilkan kelainan.

“Ia bukanlah dangdut asli yang ‘berat’ tetapi dimodenkan dengan sedikit suntikan raggae dan pop. Saya hanya sekadar mencuba mencari kelainan dan semoga Bukan Dia akan mendapat sambutan positif,” katanya.

Kata Syuhada lagi, dia bukanlah penyanyi dangdut, sebaliknya ingin dikenali sebagai penyanyi versatil yang mampu menyampaikan pelbagai genre lagu. Single keduanya kini sudah mula dimainkan di corong radio dan Syuhada bersama pengurusannya, Suria Records kini giat melakukan promosi. Bercerita mengenai single kedua ini, Bukan Dia, kata Syuhada, ia masih menampilkan konsep lagu cinta, namun ada kelainannya.

“Ia menceritakan mengenai wanita yang berdepan dengan lelaki yang tidak setia. Wanita itu mencintai lelaki itu sepenuh hati, namun yakin, lelaki itu bukanlah jodohnya,” katanya.

Ditanya mengenai strategi untuk memastikan lagu baru ini menerima sambutan yang sepatutnya, Syuhada sendiri mengubah penampilan dan imejnya.

“Sebelum ini saya dikenali sebagai penyanyi sejak zaman kanak-kanak. Jadi, untuk memastikan ada kelainan, saya ubah imej dan penampilan.

“Saya tidak mahu nampak sama seperti dulu. Kalau boleh, biarlah ada kelainan dan akan ada impak kepada karya baru ini,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang mempunyai peminat di Indonesia, Syuhada mengakui dia merindui mereka dan kerap kali berinteraksi menerusi beberapa medium sosial.

“Saya wujudkan kumpulan WeChat untuk memudahkan berinteraksi dengan mereka. Bagi saya, mereka sangat menyokong kerjaya seni dan sentiasa memberikan respons setiap kali ada perkembangan baru.

“Justeru, saya sering berkongsi video dan gambar menarik untuk tatapan mereka. Saya tidak mahu melupakan mereka dan pada masa sama tidak mahu mereka melupakan saya,” katanya.

Kata Syuhada lagi, sebagai artis, laman Instagram menjadi ruang untuknya berkongsi aktiviti terbaru.

“Menerusi Instagram, semuanya akan menjadi mudah. Penting untuk seseorang artis berkongsi aktiviti terbarunya kerana peminat akan tahu artis itu masih aktif berkarya,” katanya.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!









0 comments:

Post a Comment