Sunday 14 August 2016

Filled Under:
,

TERKINI!! ISU NAFKAH ANAK AWIE WINGS SELESAI!!! BERITA SELANJUTNYA DI SINI!!


AWIE WINGS DIPERINTAH BAYAR NAFKAH ANAK RM 4000.00 SERTA MERTA???

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan berkuatkuasa serta mereta kepada dua anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, makhamah rendah syariah di sini iaitu Che Saupi Che Husin  pada Isnin selepas mengambil kira kemampuan Awie atau nama sebenarnyas Ahmad Azhar Othman, 48, selaku defenden dan serta keterangan Rozana selaku plantif.

Dua anak itu ialah Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan mereka iaitu Putra Ahmad Merah, 9,  tinggal bersama Awie.

Jumlah bayaran itu ialah nafkah bulanan merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.

Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana iaitu pada 5 hari bulan pada setiap bulan.

Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.

Rozana memfailkan tuntutan nafkah berkenaan mengikut Seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!










0 comments:

Post a Comment