Cara Delevingne
Pelakon jelita, Cara Delevingne hampir hilang akal sewaktu menjayakan watak ahli sihir, Enchantress dalam filem terbaharunya, Suicide Squad baru-baru ini.
Menurut Delevingne, Enchantress mempunyai keperibadian yang sangat gelap sehingga dia terlalu terbawa-bawa ketika melakonkan watak berkenaan.
“Saya membuat kajian tentang ketagihan dan tekanan perasaan. Pada masa sama mempunyai fikiran yang sangat jahat serta bersifat syaitan.
“Sedikit sahaja lagi untuk saya benar-benar hilang akal ketika menjadi Enchantress, namun ia suatu pengalaman menarik,” ujarnya lagi.
Tambah pelakon muda itu lagi, jika mempunyai kuasa seperti Enchantress, dia pasti tidak akan berfikir panjang untuk merompak bank dan membunuh orang sesuka hati.
0 comments:
Post a Comment