Monday, 15 August 2016

TERBARU!!! LISDAWATI NAFI BERSARA DARI DUNIA LAKONAN!!!!


Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, cinta Lisdawati Nazaruddin, 37, terhadap dunia lakonan tidak pernah luntur. Pelakon berkaliber ini turut menafikan dakwaan segelintir pihak dia sudah bersara kerana perkara itu tidak pernah terlintas di hatinya selama ini.

Tegas Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2004/2005 menerusi drama Miftahul Jamilah ini, lakonan sudah sebati dengan dirinya dan tidak mungkin semudah itu mengundur diri.

“Tidak dinafikan selepas melahirkan anak ketiga, saya menyepi selama dua tahun.

“Terkejut juga apabila ada rakan artis bertanya sama ada saya sudah bersara seperti yang diperkatakan orang.

KLIK UNTUK FOTO TERKINI LISDAWATI

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





PANAS!!!! NADIRA SUDAH TIDAK "SABAR"!!!!!


Baru terbabit dalam bidang seni bukan alasan untuk penyanyi Nadira Adnan tidak boleh tampil dengan sebuah konsert. Sebaliknya, penyanyi yang turut popular di Indonesia itu teruja apabila hasrat mengadakan konsert mendapat sokongan banyak pihak.

Bakal mempersembahkan konsert bertemakan Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Ogos ini, selain Nadira persembahan akan dijayakan penyanyi popular seperti Amy Search, Yuna, Joe Flizzow, Noh Salleh dan penyanyi Indonesia, Al Ghazali. Gembira dengan sambutan yang diterima, malah tiket untuk persembahan malam pertama sudah habis dijual, Nadira tidak sabar beraksi di pentas bersama artis terbabit.

“Saya tidak sangka mereka sudi memberi kerjasama untuk menjayakan konsert ini. Saya memilih mereka kerana masing-masing punya kelebihan dalam bidang seni.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!





PANAS!!! PENG SOON-LIU YING, PASTIKAN EMAS PERTAMA BUAT MALAYSIA DI OLIMPIK!!!!!!!!?????


RIO DE JANEIRO: Beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memastikan sekurang-kurangnya pingat perak berada dalam genggaman apabila mereka mara ke final, sebentar tadi. Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-12, 21-19. Kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final itu paling bersejarah kerana sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992, beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat. Gandingan itu akan bertemu pemenang satu lagi separuh akhir antara Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China dan pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, esok.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







GEMPAR!!! ANAK KECIL INI TELAH MEMPEROLEHI RANCANGAN TV TERSENDIRI SEJAK KECIL!!!


Petaling Jaya: Anak kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menjadi kanak-kanak pertama di Malaysia yang memiliki program realiti sendiri berjudul Lara Oh Lara! Awal berkata, program ini diterbitkan khas untuk anaknya bersempena ulang tahun kedua Lara tahun ini yang jatuh pada 22 Julai lalu.

"Saya memang tidak menyangka pihak Astro mahu menerbitkan program realiti membabitkan anak kami. Bukan apa saya bimbang Lara sukar memberi komitmen disebabkan dia masih kecil.

"Malah sepanjang proses rakaman program ini pihak produksi perlu mengikut 'mood' Lara. Justeru saya dan Scha akan memastikan Lara cukup tidur dan rehat. Barulah dia boleh menjalankan aktiviti harian dengan baik," katanya.

Menurut Awal, program itu bukan sahaja memaparkan aktiviti harian Lara di rumah tetapi juga di sekolah, taman hiburan, percutian ke Jepun dan beberapa lokasi lain.

"Sebelum ini ramai cakap tak puas menonton aksi Lara di laman Instagram. Jadi dengan adanya program ini kerinduan peminat terhadap Lara sedikit sebanyak terubat.

"Turut dipaparkan beberapa klip video eksklusif yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini. Menariknya juga dalam program ini kami berkongsi tip berkenaan penjagaan anak," katanya.

Selain menjadi kanak-kanak pertama mempunyai program realiti, Lara juga mencatat sejarah apabila memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.1 juta di laman Instagram.

Program sebanyak 13 episod ini turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Lara Oh Lara! mula bersiaran pada 17 Ogos, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.


BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!






KONSEP DANGDUT URBAN MENJADI TARUHAN SYUHADA AMIN !!BACANYA DI SINI!!!


Syuhada Amin (penyanyi kelahiran D'Academy Asia) telah melancarkan single keduanya berjudul "Bukan Dia" dan dia nampaknya berani mengetengahkan elemen dangdut urban dalam lagu barunya ini. Bagi penyanyi berusia 20 tahun ini, dia hanya mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya.

“Ini adalah kolaborasi kedua saya dengan komposer DJ Fuzz yang juga menjadi komposer single pertama saya, Tanpa Kamu. Single kedua ini saya selitkan elemen dangdut untuk menampilkan kelainan.

“Ia bukanlah dangdut asli yang ‘berat’ tetapi dimodenkan dengan sedikit suntikan raggae dan pop. Saya hanya sekadar mencuba mencari kelainan dan semoga Bukan Dia akan mendapat sambutan positif,” katanya.

Kata Syuhada lagi, dia bukanlah penyanyi dangdut, sebaliknya ingin dikenali sebagai penyanyi versatil yang mampu menyampaikan pelbagai genre lagu. Single keduanya kini sudah mula dimainkan di corong radio dan Syuhada bersama pengurusannya, Suria Records kini giat melakukan promosi. Bercerita mengenai single kedua ini, Bukan Dia, kata Syuhada, ia masih menampilkan konsep lagu cinta, namun ada kelainannya.

“Ia menceritakan mengenai wanita yang berdepan dengan lelaki yang tidak setia. Wanita itu mencintai lelaki itu sepenuh hati, namun yakin, lelaki itu bukanlah jodohnya,” katanya.

Ditanya mengenai strategi untuk memastikan lagu baru ini menerima sambutan yang sepatutnya, Syuhada sendiri mengubah penampilan dan imejnya.

“Sebelum ini saya dikenali sebagai penyanyi sejak zaman kanak-kanak. Jadi, untuk memastikan ada kelainan, saya ubah imej dan penampilan.

“Saya tidak mahu nampak sama seperti dulu. Kalau boleh, biarlah ada kelainan dan akan ada impak kepada karya baru ini,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang mempunyai peminat di Indonesia, Syuhada mengakui dia merindui mereka dan kerap kali berinteraksi menerusi beberapa medium sosial.

“Saya wujudkan kumpulan WeChat untuk memudahkan berinteraksi dengan mereka. Bagi saya, mereka sangat menyokong kerjaya seni dan sentiasa memberikan respons setiap kali ada perkembangan baru.

“Justeru, saya sering berkongsi video dan gambar menarik untuk tatapan mereka. Saya tidak mahu melupakan mereka dan pada masa sama tidak mahu mereka melupakan saya,” katanya.

Kata Syuhada lagi, sebagai artis, laman Instagram menjadi ruang untuknya berkongsi aktiviti terbaru.

“Menerusi Instagram, semuanya akan menjadi mudah. Penting untuk seseorang artis berkongsi aktiviti terbarunya kerana peminat akan tahu artis itu masih aktif berkarya,” katanya.

BACA POST-POST POPULAR DI LAMAN INI!!!!!







TERBARU!! RATU ROCK, ELLA LEBIH SELESA TAMPIL DENGAN IMEJ BERTUDUNG!!!!!


Ratu rock negara, Ella membuat keputusan untuk untuk bertudung sejak Ramadan lalu selepas merasakan tiba masa untuk mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik. Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50, berkata, dia merasakan lebih tenang dan yakin dengan imej baharu itu.

"Saya tidak tahu ingin nak cakap macam mana apa yang saya rasa, yang penting rasa sangat tenang. "Pada Ramadan lalu saya berborak-borak dengan suami dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung? Jadi saya terus cakap saya mahu bertudung. Dia sangat gembira dengan keputusan saya ini," ujarnya.

Ella ditemui pada majlis pelancaran program realiti Lara Oh Lara yang diadakan di restoran Blokke, Citta Mall di sini, pada Isnin. Penyanyi lagu Retak itu berkata, dia mula mendapat dorongan itu daripada kakaknya Jojie yang lebih awal berpenampilan muslimah itu.

"Saya suka lihat penampilan kakak saya sejak dia bertudung, dia lebih tenang dan bergaya. Tudung sangat sesuai dengan wajah dia sehingga saya rasa ingi bertudung juga.

"Dia juga galakkan keputusan saya itu dan bantu saya untuk cari fesyen tudung yang sesuai untuk saya," ujarnya. 

"Saya tetap macam Ella yang dulu dan menyanyi lagu rock cuma mungkin tidak boleh terlalu lincah. Baju pula yang bersesuaian dengan imej baru ini.

"Saya harap peminat beri sokongan dengan keputusan saya ini," ujarnya.

Mari semua pembaca kita sokong perubahan Ratu Rock ini.




SEDIH!!! KANAK-KANAK CEDERA PARAH DILAMBUNG AYAH!!

Seorang kanak-kanak perempuan berasal dari Thailand berusia tiga tahun cedera parah di kepala akibat terkena bilah kipas siling selepas dia dilambung bapanya ketika bermain. Ketika kejadian, Oum Phoeykiln, tiga tahun, bermain bersama bapanya, Em, 25, di ruang tamu di rumah mereka.

Bapanya mendukung dan melambung anaknya itu ke udara sehingga menyebabkan kepala mangsa terkena kipas siling yang sedang berputar laju. Hentaman yang kuat itu menyebabkan bilah kipas patah manakala dahi kanak-kanak berkenaan luka parah sehingga ternampak bahagian tengkorak.