Sunday, 7 August 2016

Filled Under:

POKEMON GO!! HALAL ATAU HARAM?


KUALA LUMPUR – Keputusan beberapa mufti termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyokong pengharaman permainan siber Pokemon Go dilihat masih terlalu awal dan memerlukan kajian lebih terperinci.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin berpendapat, perkara baharu seperti permainan siber itu memerlukan kajian menyeluruh seperti pakar teknologi dan bukan syarak semata-mata.

“Saya secara peribadi me­rasakan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Pokemon Go halal atau haram kerana permainan itu hanya satu alat yang akan memberikan kesan baik atau buruk tertakluk kepada pengguna itu sendiri.

“Ini tidak bermakna saya menentang keputusan Jakim ataupun mufti yang terlibat tetapi lebih elok sekiranya ia dikaji dengan lebih mendalam termasuk bukan bidang keagamaan,” katanya ketika dihubungi semalam.





0 comments:

Post a Comment